Kelas-Kelas / Klasifikasi Api dan Media

0

Berikut ini adalah informasi Kelas kebakaran yang ada di Indonesia.

KELAS “A” (Api pepejal) solid fire – Api kayu – Api kertas – Api Sampah – Api kain Air & Debu kering
KELAS “B” (Api Cecair) Liquid Fire – Api Minyak – Api Cat – Api Varnish Buih, Debu kering dan Varpourising liquid
KELAS “C” (Api Wap dan Gas) gas & Stim Fire – Butana – Propane – Oxy acetalane – Gas (LPG) Debu kering, Karbon Dioksida (Co2) & Varpourising liquid
KELAS “D” (Api Logam) Matel Fire – Potaosium – Sodium – Kalsium – Magnesium Soda Ash, Pasir, Debu Kering & Matel serta Powder Api Elektrik Kebakaran ini tidak termasuk dalam kelaas-kelas api dan boleh dipadam dengan menggunakan alat pemadam api yang sesuai. Debu Kering, Karbon Dioksida &Varpourising liquid

ALAT PEMADAM API JENIS AIR
Kandungan Air Biasa – 9 Liter Jarak Pancutan 20’ – 25’ Jangkamasa Pancutan 60 – 120
KEBAIKAN KEBURUKAN – Mudah dikendalikan – Boleh mengawal/memadam apai di peringkat awal – Cecair yang digunakan tidak merbahaya – Hanya sekali digunakan – Tidak sesuai memadam kebakaran alat elektrik dan logam – Tidak boleh diletakkan ditempat yang suhunya sejuk dan boleh membeku – Tidak boleh mengawal dan memadam kebakaran yang besar

ALAT PEMADAM API JENIS DEBU KERING (DRY POWDER)
Kandungan – Sodium bikarbonat 97% – Magnesium stearote 11/2% – Magnesium karbonat 1% – Trikalsium karbonat ½% Jarak Pancutan 15’ – 20’ Jangkamasa Pancutan 2 Minit
KEBAIKAN KEBURUKAN – Mudah dan senang dikendalikan – Boleh mengawal / memadam api kelas A,B,C dan sungguh berkesan – Pemadamannya lebih berkesan jika dibandingkan dengan alat pemadam api jenis Co2 dan BCF – Pengeluaran (pancutan) boleh dikawal di Release Handle. – Hanya boleh sekli sahaja. – Debunya mendatangkan kerosakan pada bahan-bahan tertentu seperti enjin kereta, bahan makanan dll – Tidak boleh memadam api logam – Tidak boleh diletakkan ditempat yang suhunya sejuk dan boleh membeku Perhatian Penempatan alat-alat pemadaman api hendaklah diletakkan pada tempat yang boleh dilihat dan digantung supaya alat ini tidak rosak pada tabung dan juga isi kandungannya Pemeriksaan 1. Hendaklah diperiksa setiap bulan 2. Pastikan preasure guage pada tabung menunjukan kandungan penuh (hijau – penuh & merah – kosong). Sekiranya berlaku kekurangan tekanan udara hendaklah dihantar ke agen servis

ALAT PEMADAM API JENIS GAS (Co2 & BCF)
Kandungan – dalam tabung diisi dengan Co2 dalam bentuk cecair dalam tekanan. – Mempunyai ukuran antara 2 hingga 5 ibs beratnya. Jarak pancutan 8’ ke 12’ dan perkembangan nisbahnya ialah 1:450 Jangkamasa pancutan 8 hingga ke 30

KEBAIKAN KEBURUKAN – Mudah dikendalikan – Boleh mengawal/memadam kebakaran diperingkat awal dan berkesan – Gasnya bersih tidak membantu kebakaran – Gasnya tidak mengalirkan elektrik – Boleh menembusi tempat-tempat permukaan kecil – Hanya sekali digunakan – Keberatan silindernya tidak sepadan dengan kandungan gas, berat 5.3 kg tetapi Cuma 2.2 kg sahaja. – Kandungan gas tidak dapat dilihat dan perlu ditimbang dari masa ke semasa untuk mengelakan kekurangan daripada 10% – Tidak sesuai memadam kebakaran api jenis A,B &D – Tidak boleh mengawal kebakaran yang sudah besar

ALAT PEMADAM API JENIS BUIH (Foam)
Sesuai untuk memadam api kelas ‘B’ dan peranannya menyelimut dan menurunkan suhu dibawah suhu nyalaan (menyejukkan). Kandungan – Terdapat 2 tabung – Tabung dalam (Alauminium Sulphate) – Tabung luar (Sodium Bikarbonate / Stabilizer) Jarak Pancutan Lebih kurang 20’ Jangkamasa Pancutan 30 hingga ke 90
KEBAIKAN KEBURUKAN – Mudah dikendalikan – Buih boleh menutup permukaan cecair dan menyekat bekalan oksigen daripada membantu kebakaran – Tidak terganggu daripada tiupan angin – Boleh mengawal dan memadam kebakaran diperingkat awal dengan berkesan. – Hanya sekali digunakan – Tidak boleh memadam kebakaran kelas A,C dan D – Sekiranya percampuran bahan kimia tidak betul, buihnya tidak dapat memadam kebakaran dengan berkesan – Tidak sesuai digunakan dengan alat memadam api jenis dry powder kerana powder akan memecahkan buih.

Tabung pemadam api | Tabung pemadam | Kelas Kebakaran

Share.

About Author

Leave A Reply